Friday, 25 January 2013

Ikan Percik /Daging Masak Merah


   Sempena Cuti Maulidur Rasul aku dan family balik kampung.... dah lama tak balik, yang paling aku suka kalau balik kampung ni tentulah dapat makan yang best2 walaupun simple janji bukan aku yang masak... bukan malas hokkey cuma tak jadik Chef jadik asst saje  hehehe, MIL dan SIL aku masak percik ikan cermin dan daging masak merah a.k.a daging masak asam kat rumah aku pulak yang selalu aku panggil daging tumis pedas.......nak dijadikan cerita di awal2 aku kawin dulu dek kerana bahasa jiwa bangsa ni le..... dah aku tersalah buat lauk.... dah suami aku cakap nanti masak asam ikan ni ye... aku punyalah confident bersilat kat dapur tu memasak ikan tu dengan lauk yang bertitle MASAK ASAM PEDAS hahhahaha.... sesudah siap ditanyanya aku aik mananya ikan masak asam aku pun cakap tu atas meja .... eh... bukan lauk ni.... mana ku tahu lauk lain yang dimaksudkannya  sibbaik dia jenis cool.... digelaknya aku 7 hari 7 malam... isyk...isyk sabo jelah... Korang yang kawin dengan pasangan yang berlainan negeri tu harap2 tak jadi macam aku tu..... baru nak tunjuk skill masak dah kantoi...

Berbalik kepada Ikan Percik dan Daging Masak Merah...yelahkan dah hari-kita yang masak dan masuk tekak sendiri sesekali makan yang orang lain masak punyalah syok... nak2 lauk feveret kan??!!Korang mesti dah terbayang lauk tukan tapi aku tak sempatlah pulak nak ambil gambo lain kalilah yek kat sini aku kongsi resepi jelah untuk tatapan korang kalau nak buat dipersilakan..... korang jugak yang dapat makan.....

RESEPI IKAN PERCIK

2 ekor ikan cermin
2 ulas bawang merah
1  inci kunyit
sedikit garamra
*bawang, kunyit dan garam ditumbuk kasar dan dilumur keseluh badan ikan dibiarkan dlm 10 minit. Kemudian bakar guna Pemanggang Ajaib .kejap je masak.... tak perlu arang dah dah....panggang2 tu

kuahnya

2 biji kelapa
3 cawan air
10 biji bawang merah - diparut
2 batang serai -ditumbuk
1 inci kunyit-ditumbuk
1 inci lengkuas- ditumbuk
1 inci belacan
2 keping asam gelugor
garam , serbuk perasa

Panaskan 1/3 santan sampai menggelegak sikit masukkan bahan tumbuk dan parut kacau sampai betul2 menggelegak dalam 5 minit , masukkan santan yng selebihnya, masukkan belacan dan asam gelugor, garam, gula dan serbuk perasa ... kacau sampai pekat.... bolehlah dicurahkan ke atas ikan dan sedia untuk dimakan

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...