Sunday, 27 January 2013

Cara Tut Pokok Limau Purut ( Air Layering/ Marcotting)

Assalamualaikum....

  Untuk memenuhi permintaan ibu tercinta (dah lama dia mintak tapi hari ni, baru aku buat.... bukan tadak masa nak buat tapi vitamin R tak kunjung tiba nak buat cemana....huhuhu), so hari ini aku terlebih vitamin R dan aku juga nak share cara-cara nak tut pokok limau purut according to my mystyle yang biasa-biasa saje ni ye... andaikata korang ada cara yang lebih baik bolehlah korang share dengan aku plak..bolehkan....?!! ni kali kedua aku buat tut pada pakok limau purut aku tu... yang pertama dulu tu hubby aku bagi pada kawannya.. dah lama dah 3-4 tahun lepas dah, semoga pokok tu berkembang biak dalam jagaannya.. hehehe..

ok bahan2 dan peralatan yang diperlukan adalah cutter @ pisau yang tajam, penggalak akar (root growth), plastik potong 4 segi untuk balut bahagian tut nanti,  2 utas tali rafia dan tanah secukupnya yang telah dilembabkan terlebih dahulu....(aku guna tanah organik beli kat kedai RM10@ 3 pcs + tanah biasa je hehehe...)

   Oleh kerana pokok limau purut ni mempunyai duri yang tajam dan panjang....(almaklumle pokok dah besar+matang) makanya aku nasihatkan korang potong dulu duri-duri kat bahagian yang nak dibuat tut tu... cari batang yang dah matang yang kulit dia dah kelabu2 sikit tu...semoga selamat sikit nak buang kulit nanti dan tangan2 ayu, gebu, @ gagah perkasa korang terselamat dari tertusuk dek durinya tu.... Safety First hokkey...

1.  Selepas dah buang duri-duri tu... korang mulalah sembelih aik macam kejam je bunyinya... ahaha gurau je.. toreh keliling batang bahagian atas sampai bertemu  dan toreh 1 inci kebawah dengan cara yang sama dan korang boleh buang/koyakkan kulit sampai nampak batang pokok yang warna putih tu... biarkan sejap agar kering sedikit getah tu...


2.  Kemudian sapu keliling dengan serbuk penggalak akar yang dicampur sedikit air biar pekat likat ye untuk memudahkan dia melekat kat kulit dan batang pokok limau purut tu.. 

serbuk penggalak akar

3.  Kemudian korang balut dengan tanah semua bahagian tut tu dan balut dengan plastik dengan kemas ikat bahagian atas dan bawah.

kalau ikut eksperimen aku yang lepas-lepas dekat sebulan jugak nak nampak seurat akarnya ....korang biar dia berakar banyak-banyak dan matang sikit agak kuning baru korang potong tau.... aku tunggu sampai akar dah nak kuning kelabu baru aku potong dalam 2-3 bulan jugak le baru potong....

ok tulah cara aku buat tut pokok limau purut dan berjaya 100%....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@@@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jeng2 eksperimen tut pokok limau nipis ....ni hasil setelah..... 

milla
hasil tut pokok limau nipis >< 3 months


Setakat ni aku belum lagi nak pisahkan dia dari induk dia .... aku nak tunggu sampai akar dia dah penuh baru nak potong.... agak2 dah nak terkeluar dari plastik tu kot... hahhahaha...

3 comments:

  1. terima kasih atas panduan dan tunjuk ajar, saya cuba tut pokok limau purut di rumah saya hari ni, moga2 bulan 11-12 nanti boleh pindahkan

    ReplyDelete
  2. Potong ranting terus tanam boleh menjadika.01125345793 sms pun bole

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...