Sunday, 27 January 2013

Cara Tut Pokok Limau Purut ( Air Layering/ Marcotting)

Assalamualaikum....

  Untuk memenuhi permintaan ibu tercinta (dah lama dia mintak tapi hari ni, baru aku buat.... bukan tadak masa nak buat tapi vitamin R tak kunjung tiba nak buat cemana....huhuhu), so hari ini aku terlebih vitamin R dan aku juga nak share cara-cara nak tut pokok limau purut according to my mystyle yang biasa-biasa saje ni ye... andaikata korang ada cara yang lebih baik bolehlah korang share dengan aku plak..bolehkan....?!! ni kali kedua aku buat tut pada pakok limau purut aku tu... yang pertama dulu tu hubby aku bagi pada kawannya.. dah lama dah 3-4 tahun lepas dah, semoga pokok tu berkembang biak dalam jagaannya.. hehehe..

ok bahan2 dan peralatan yang diperlukan adalah cutter @ pisau yang tajam, penggalak akar (root growth), plastik potong 4 segi untuk balut bahagian tut nanti,  2 utas tali rafia dan tanah secukupnya yang telah dilembabkan terlebih dahulu....(aku guna tanah organik beli kat kedai RM10@ 3 pcs + tanah biasa je hehehe...)

   Oleh kerana pokok limau purut ni mempunyai duri yang tajam dan panjang....(almaklumle pokok dah besar+matang) makanya aku nasihatkan korang potong dulu duri-duri kat bahagian yang nak dibuat tut tu... cari batang yang dah matang yang kulit dia dah kelabu2 sikit tu...semoga selamat sikit nak buang kulit nanti dan tangan2 ayu, gebu, @ gagah perkasa korang terselamat dari tertusuk dek durinya tu.... Safety First hokkey...

1.  Selepas dah buang duri-duri tu... korang mulalah sembelih aik macam kejam je bunyinya... ahaha gurau je.. toreh keliling batang bahagian atas sampai bertemu  dan toreh 1 inci kebawah dengan cara yang sama dan korang boleh buang/koyakkan kulit sampai nampak batang pokok yang warna putih tu... biarkan sejap agar kering sedikit getah tu...


2.  Kemudian sapu keliling dengan serbuk penggalak akar yang dicampur sedikit air biar pekat likat ye untuk memudahkan dia melekat kat kulit dan batang pokok limau purut tu.. 

serbuk penggalak akar

3.  Kemudian korang balut dengan tanah semua bahagian tut tu dan balut dengan plastik dengan kemas ikat bahagian atas dan bawah.

kalau ikut eksperimen aku yang lepas-lepas dekat sebulan jugak nak nampak seurat akarnya ....korang biar dia berakar banyak-banyak dan matang sikit agak kuning baru korang potong tau.... aku tunggu sampai akar dah nak kuning kelabu baru aku potong dalam 2-3 bulan jugak le baru potong....

ok tulah cara aku buat tut pokok limau purut dan berjaya 100%....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@@@@@@@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jeng2 eksperimen tut pokok limau nipis ....ni hasil setelah..... 

milla
hasil tut pokok limau nipis >< 3 months


Setakat ni aku belum lagi nak pisahkan dia dari induk dia .... aku nak tunggu sampai akar dia dah penuh baru nak potong.... agak2 dah nak terkeluar dari plastik tu kot... hahhahaha...

Saturday, 26 January 2013

Cara Tut Pokok Limau Nipis


Gambar bawah ni adalah eksperimen yang aku buat pada pokok limau nipis dekat rumah mak aku (pokok ni aku jugak yang tanam masa aku remaja dulu2... baru tahun lepas dia berbuah... dan buahnya tersangatlah memberangsangkan bagi aku... besar2 dan banyak jusnya lebat pulak tu ...dah rezeki berbuah setelah berbelas tahun di tanam olehku... agaknya masa aku semai bijiknya dulu aku lupa doa suruh dia cepat2 besar  dan berbuah....hohoho (opppps jangan merajuk pulak pokok limau ku....)

Cara tut pokok limau nipis ni sama seperti cara aku tut limau purut tu....so korang boleh rujuk sana key....dan aku tut pokok ni masa cuti Hari Raya Haji tahun lepas dah nak maghrib dah masa tu nampak tak nampak je aku buat, semua peralatan dan bahan aku main redah je , tanah aku ambik tanah kat bawah pokok dia je ,tali pengikat entah kain apa tah aku koyak je buat macam tali..dan aku ditemani nyamuk2 yang dahagakan darah aku berapa ekor tah gigit aku almaklumlah kawasan redup bawah pokok nangka, pokok kelapa, mempelam dan pokok jambu golok a.k.a pokok gajus... sakit tak terkira.. so hasilnya setelah dah dekat 3 bulan inilah rupanya... taraaaaaa




Akar yang dah keluar setelah hampir 3 bulan pokok limau nipis ni  di tut  




Friday, 25 January 2013

Ikan Percik /Daging Masak Merah


   Sempena Cuti Maulidur Rasul aku dan family balik kampung.... dah lama tak balik, yang paling aku suka kalau balik kampung ni tentulah dapat makan yang best2 walaupun simple janji bukan aku yang masak... bukan malas hokkey cuma tak jadik Chef jadik asst saje  hehehe, MIL dan SIL aku masak percik ikan cermin dan daging masak merah a.k.a daging masak asam kat rumah aku pulak yang selalu aku panggil daging tumis pedas.......nak dijadikan cerita di awal2 aku kawin dulu dek kerana bahasa jiwa bangsa ni le..... dah aku tersalah buat lauk.... dah suami aku cakap nanti masak asam ikan ni ye... aku punyalah confident bersilat kat dapur tu memasak ikan tu dengan lauk yang bertitle MASAK ASAM PEDAS hahhahaha.... sesudah siap ditanyanya aku aik mananya ikan masak asam aku pun cakap tu atas meja .... eh... bukan lauk ni.... mana ku tahu lauk lain yang dimaksudkannya  sibbaik dia jenis cool.... digelaknya aku 7 hari 7 malam... isyk...isyk sabo jelah... Korang yang kawin dengan pasangan yang berlainan negeri tu harap2 tak jadi macam aku tu..... baru nak tunjuk skill masak dah kantoi...

Berbalik kepada Ikan Percik dan Daging Masak Merah...yelahkan dah hari-kita yang masak dan masuk tekak sendiri sesekali makan yang orang lain masak punyalah syok... nak2 lauk feveret kan??!!Korang mesti dah terbayang lauk tukan tapi aku tak sempatlah pulak nak ambil gambo lain kalilah yek kat sini aku kongsi resepi jelah untuk tatapan korang kalau nak buat dipersilakan..... korang jugak yang dapat makan.....

RESEPI IKAN PERCIK

2 ekor ikan cermin
2 ulas bawang merah
1  inci kunyit
sedikit garamra
*bawang, kunyit dan garam ditumbuk kasar dan dilumur keseluh badan ikan dibiarkan dlm 10 minit. Kemudian bakar guna Pemanggang Ajaib .kejap je masak.... tak perlu arang dah dah....panggang2 tu

kuahnya

2 biji kelapa
3 cawan air
10 biji bawang merah - diparut
2 batang serai -ditumbuk
1 inci kunyit-ditumbuk
1 inci lengkuas- ditumbuk
1 inci belacan
2 keping asam gelugor
garam , serbuk perasa

Panaskan 1/3 santan sampai menggelegak sikit masukkan bahan tumbuk dan parut kacau sampai betul2 menggelegak dalam 5 minit , masukkan santan yng selebihnya, masukkan belacan dan asam gelugor, garam, gula dan serbuk perasa ... kacau sampai pekat.... bolehlah dicurahkan ke atas ikan dan sedia untuk dimakan

Selamat Mencuba...

Monday, 21 January 2013

My First ....crochet cute pencil case...

crochet pencil case ..... wip for my lovely son


My first time ever ....crochet this pencil case for my lovely son... hope he will like it..... :)
pattern for this pencil case...... just double crochet and continuously crochet around..... very easy for the beginner like me.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...